"yang keluar dari hati,akan masuk ke hati..yang keluar dari mulut..tidak akan melepasi telinga.."

"yang keluar dari hati,akan masuk ke hati..yang keluar dari mulut..tidak akan melepasi telinga.."

Monday 10 September 2012

TENTANG RASA ...

Ehem! tentang rasa...

Situasi 1 :
Pagi yang indah. Hari pertama kuliah. Di hadapan cermin. Sedang bersiap...

ha.. sebagai seorang Muslimah, menutup aurat itu WAJIB! jadi, sebelum ke kuliah aku mesti pastikan yang tudung "jadi" . hehe dalam makna kata lain, elok dan cantik dan kemas dan tak de "kembung2" "bengkak2" ^^  # walaupunkenetiuplebih10kali  (aku sanggup! ceewah..)

Hasilnya.. chantek lah!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Situasi 2 :

Pagi yang indah. Hari pertama kuliah. Di hadapan cermin. Sedang  bersiap ...


ha.. inilah perasaan aku.. (lebih kurangla,sebenarnya LAGI TERUK! *peace*) kalau tudung yang nak dipakai  hari tu "tak jadi" dan "tak menjadi".. memang tak de mood terus hari tu.. tapi,, masa itu lah hati ni tak putus-putus berdoa kat Allah, "Ya Allah,tolonglah..aku nak pegi kuliah ni.." ... masa itu lah baru teringat nak baca "Bismillah", baca doa tengok cermin.. masa itulah baru nak betulkan niat.. "Ya Allah, aku tutup aurat ni kerana Mu..lancarkan dan mudahkan lah urusan ku..".. dan apabila telah diperkenan doa-doa tu.. ada 2 kemungkinan yang akan berlaku :  
1. Terus mengucapkan syukur yang tak terkira kerana Allah telah membantu kita.
2. Senyum, dan terus ke kuliah tanpa kita perasan yang kita hanya ingat Allah bila kita susah.
SEE???????
--------------------------------------------------------------------------------------
Ha! macamtu lah  kita ( tak semua kan..hi) tapi hakikatnya ... manusia.. lupa.. kita mesti mengakui,memang kita akan mudah lupa. Majoriti daripada kita hanya akan ingat Allah,hanya bila kita dalam kesusahan.Sepatutnya, tanamkan dalam diri kita agar kita sentiasa mengingati Allah dalam masa susah mahupun senang. 
Mudah sahaja, ingat dan tanamkan dalam iman kita.. ujian Allah itu ada 2 keadaan..
 Dia beri kita KESUSAHAN, itu ujian. 
Dia beri kita KESENANGAN, itu juga ujian.
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman, “ sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta.". (Surah al-Ankabut : 2-3)


Khulasahnya, "tentang rasa" yang ingin dikongsikan di sini ialah, tentang rasa kita. Rasa kita dibantu oleh Allah itu adalah satu perasaan yang tak dapat nak digambarkan oleh apa pun. Rasa yang insya Allah, hanya orang yang diberi UJIAN oleh Allah sahaja yang mampu menikmatinya dengan rasa tambahan, iaitu RASA SYUKUR. 

Alhamdulillah 'ala kulli hal. =)