"yang keluar dari hati,akan masuk ke hati..yang keluar dari mulut..tidak akan melepasi telinga.."

"yang keluar dari hati,akan masuk ke hati..yang keluar dari mulut..tidak akan melepasi telinga.."

Tuesday 28 August 2012

2 Soalan.


“Sejahat-jahat pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya. Para sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, bagaimana ia mencuri dalam solatnya?” Baginda menjawab : “Ia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya.” (HR Ahmad).


Soalan Pertama.


Sejauh mana solat membawa kita kepada Allah?

Hanya pada rakaat pertama kah? kedua kah? atau hanya ketika mengangkat takbir ?

Astaghfirullah.

Soalan Kedua.

Sejauh mana kita membawa solat jauh dari Allah?

Ketika solat, bermacam-macam tempat kita pergi.. masa lalu, masa sekarang... dan masa akan datang..

 Nauzubillah.



Berbicaralah dengan dirimu sendiri.

Solat membawa kita,atau kita yang membawa solat??



Masih ada masa untuk kita baiki solat kita, baiki hati kita..baiki iman kita.. Jawablah dua soalan ini. Insya Allah, selagi nyawa belum tiba di kerongkong kita.. masih ada masa.. :)


Allah bahkan mengancam orang-orang yang solatnya seperti itu dengan kutukan bahawa mereka akan celaka. Sebabnya, dengan meninggalkan thoma'ninah, mereka sudah lalai dalam solat (QS Al-Ma'un: 4).



kopipasta#  

Kita buat baik, tapi tak solat. Padahal buatlah baik macam mana pun, amalan yang dihisab terlebih dahulu di yaumul mahsyar nanti adalah SOLAT, bukan amalan2 kita yang lain. Jadi, kalau awal-awal lagi kita tak PASS sewaktu dihisab akan solat kita itu nanti kerana kita TAK SOLAT, macam mana amalan-amalan lain nak PASS?
Berbuat baik kepada manusia tetapi hubungan diri sendiri dengan Allah melalui solat sendiri tidak dijaga. Macam mana tu? Renung-renungkan.. Jangan sesekali kita lalaikan solat, apatah lagi meninggalkannya... ^^

Abu Hurairah berkata : "Aku mendengar Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya yang pertama kali dihisab pada hari kiamat dari amalan manusia adalah solatnya, jika amalan solatnya baik maka dia akan bahagia dan beruntung, Jika amalan solatnya buruk maka dia termasuk orang-orang yang rugi. Jika terdapat kekurangan sedikit pada amalan solat fardhunya, maka Allah berfirman: " Lihatlah (hai para malaikat) apakah hambaku mengerjakan solat sunat untuk menyempurnakan solat fardhunya?' Kemudian jika hambaku menyempurnakan solat sunat, maka solat sunat itu untuk menyempurnakan solat fardu yang kurang, kemudian seluruh amalannya diperlakukan seperti itu" 
(Sahih Tirmidzi, Ibnu Majah no 193, 1425,1426)